Tuesday, April 27, 2010

Rangsangan Sentuhan Ibu


- Bayi tersenyum lebih kerap

Percaya atau tidak, menyentuh bayi anda boleh membuatnya tersenyum
dengan lebih kerap, yang membuktikan keeratan anda berdua. Sedang bayi
anda membesar, anda akan sedar bahawa senyumannya akan menjelma tiap
kali anda berada di sampingnya atau setiap kali bayi menjangka
kehadiran anda. Senyuman-senyuman ini menandakan bahawa dia berasa
selamat dalam dunianya dan sudah bersedia untuk mempelajari tentang
dunia yang sebenar kelak nanti.


- Bayi cuba mencapai kepada ibunya

Apabila bayi cuba mencapai kepada si ibu, bayi mungkin cuba
memberitahu si ibu untuk memeluk dan membelainya; untuk merapatinya
atau si bayi gembira dengan kehadiran ibu.
Apa yang penting, bayi sedang menunjukkan rasa perlunya terhadap
ibu, dan ini menandakan hubungan erat antara ibu dan anak. Semasa anak
membesar, tindak balas positif anda tiap kali si manja mencapai ke arah
anda akan membantu bayi lebih sedar akan pergerakannya dan cara membuat
pergerakan yang bermakna.


- Bayi bergelak ketawa

Bayi ketawa untuk menunjukkan perasaannya. Selain menunjukkan rasa
teruja dan gembira, gelak pertama bayi menandakan perkembangan
sosialnya kerana merupakan suatu tindak balas yang berlaku apabila dia
berkongsi dunianya dengan orang tersayang.
Apabila bayi gelak sebagai salah satu cara untuk bertindak balas
dengan anda, ia merupakan cara bayi untuk memberitahu betapa seronoknya
dia meluangkan masa dengan anda.
Dengan berbunyi-bunyi manja pada waktu kehadiran anda, bayi
menunjukkan bahawa mereka mengenali anda, dan sedang berhubung dengan
anda. Dalam erti kata lain, bunyi-bunyi tersebut menandakan
kegembiraannya dan juga sebagai tindak balasnya bagi kasih sayang,
sentuhan dan perhatian yang anda berikan.


- Tatapan mata bayi menjadi lebih lama

Bayi juga menggunakan isyarat mata untuk berhubung. Apabila bayi
menatap mata anda, suatu mesej berbaur kasih sayang mengalir antara
bayi kepada anda yang meningkatkan kasih sayang antara anda dan si
manja.
Pandangan mata yang kemudiannya berkembang menjadi tatapan yang
lama, merupakan salah satu kebolehan bayi yang dapat anda sedari. Pada
hari-hari awalnya, bayi akan memberi sepenuh perhatian kepada anda, dan
lirikan matanya akan mengekori anda apabila anda hampir dengannya.
Melihat muka anda yang telah dia kenal seolah-olah mampu menenangkan
si manja. Ada kalanya anda juga mendapati si manja seolah-olah sedang
termenung ke arah anda. Ini adalah kerana bayi sedang cuba mengingat
muka anda dan mengenalpasti bagaimana rupanya kasih sayang dan
keselesaan.
Sementara itu, bagi menjana kesedaran akan kepentingan hubungan
lebih erat antara ibu dan anak, Johnson's Baby melancarkan kempen Most Loving Moments.
Melalui kempen ini, sekumpulan jurugambar profesional akan mengambil
gambar-gambar yang menyingkap rasa kasih sayang antara ibu bersama si
manja di serata negara.
Selain itu, kempen ini seiring dengan pengenalan rangkaian produk
penjagaan bayi - Johnson's Baby Moisturizing Wash, Baby Lotion dan Baby
Cream, yang boleh membantu dalam pengalaman mengeratkan hubungan di
antara ibu dan anak.

dicetak dari utusan melayu online

Tuesday, April 20, 2010

Khasiat Mas Cotek (dipetik dari forum Paramedik)


mas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun Emas Cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) dan angin ahmar.

Air rebusan daun, batang, akar dan buah Emas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Daun Emas Cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.

Ianya juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.

Antara penyakit yang dapat dibantu adalah:-
Mengeluarkan toksin dalam badan
Melancarkan perjalanan darah
Sakit urat saraf
Gout
Kencing manis
Darah Tinggi
Membuang kolestrol dan lemak
Buasir
Migraine
Paru-paru berair
Pemulih tenaga batin
Sakit Puan
Sakit Pinggang
Keletihan
Masalah tidur
Ransangan Hormon lelaki
Mengecutkan rahim peranakan
Merapatkan pintu rahim
Sakit lutut
Mencantik dan melicinkan kulit

Saturday, April 17, 2010

Kembali untuk memecahkan kepala otak

n3 kali ni x berapa best plak rasa..coz da masuk keje setelah 4 hari menjadi permaisuri...maklumlah,mama ku enggak ada,so aku kena jaga sendiri my little boy tu....baru je rasa nak rehat2 kat rumah,baru je nak belajar jalani hidup suri rumah,hubby aku dah ajak balik kg dia setelah sekian lama dia tidak menjenguk mak ayahnya kat kg..dengan bermalas-malasan aku terpaksa akur dengan keputusan suami ku.....
Berbalik pada cerita aku tadi..hari ahad..iaitu hari yang selalu membuatkan aku jadi malas..tambahan pula dengan ketiadaan bos aku menjadikan hari ini sungguh malas...
hanya tunggu pukul 5 ja...aku terus nak cabut...tambahan tu aku ada order dr seorang rakan meminta aku untuk aku menghantar stok kepadanya...Alhamdulillah rezeki sedikit bertambah walaupun tidak seberapa...

Friday, April 2, 2010

Gathering

Syukur alhamdulillah kerana hari ni apa yang dirancang bejalan dengan lancar..terima kasih buat kawan2 lama aku yang sudi datang ke teratak aku yang tidak seberapa ni...Seh,Ina,Zeri Duan n Kelaut n family...maaf la ye jika ada apa-apa kekurangan..Thanks juga kpd Ina kerana sudi menjamukan kami dengan 'Puding Laici' nya yang maveles...bayak sungguh kenangan lama yang disingkap telah membuatkan aku sakit perut suka....
Kepada awok-awok yang tidak berkesempatan untuk bertandang dan bergalak mesra di rumah aku,next time kita jupe di lain waktu yea..
Khalish juga tidak ketinggalan untuk berkenalan dengan kawan nya iaitu Aryyan (ank kepada ina).Harap2 perkenalan ini akan berkekalan higgan mereka besar..Insyaallah..
Thanks jugak to my Mr Din coz telah bekerja sama untuk membantu aku menyiapkan juadah dan melayan kawan2 aku walaupun mereka ini gila-gila belaka.
Gambar kami akan diuploadkan kemudia...sabar.........