Sunday, April 17, 2011

Nuget Mama

Kenapa nama dia Nuget Mama??sebab Mama yang buat...hehehehe..lama dah n3 nuget ni terperap...tak inteprem2 gak...coz aku malas nak transfer gambar...Nuget ni dibikinkan untuk anak teruna ku itu...bukan apa,,,x galakkan dia makan yang segera2 ni...bayak tu bahan tu, bahan ni..maklum la kecik lagi....kalau mama dia bt sendiri, x bubuh la bahan2 lain...lagi berkahsiat sebab semua isi ayam saja..takde campur2 lemak2 ayam ada sayur2 sket..perasa pun cuma garam je....sebab tu la papa cakap 'x sedap...baik gi beli je kat tunas manja lagi sedap,cepat dan senang'..Tu la orang laki apa tau....

sebahagian yang telah di coating

sedia untuk disimpan

telah di goreng


Bahan2 yang aku guna: lama dah resepi ni, amik dari mak sedara

Isi Ayam ( dikisar) - 3 keping bahagian dada
Roti ( bakar sedikit dikisar halus) - sekeping
Tepung Gandum - 1 sudu
Lada sulah - 1/2 sudu
Garam - secukup rasa
Sayur - ikut suka la nak taruk sayur apa
 Telur
Breadcrumb @ cornfleks dikisar halus

Campur semua bahan kecuali telur dan breadcrumb, pastu bentuk2 kan aja ikut suka hati,,aku bt bulat2 je, senang..Celup telur dan golekkan atas breadcrumb..ulang 2 kali untuk dpatkan coating yg lebig tebal..

selamat mencuba,,,

SHELL

Korang ingat apa???stesen minyak shell ke???sebenarnya aku nak cite pasal shell....x paham jugak???alah, sejenis hidupan..laut ke sungai ke aku tak pasti..dia ni spesis siput.adik beradik kerang, lokan, lala,kupang,..pernah tgk tak??? ha ni meh aku nak tunjuk...


ni la ghupa nya...
isi dia



siap di basuh
dimasak bersama masak lemak pucuk midin

Isi dia sedap, lembut tak liat..masa basauh tu kena basuh betul..bilas berulang kali..sebab banyak lumpur kat dalam..nanti kan tak pasal2 makan lumpur...Aku beli kat pasar paka ni je ha..harga dia RM7 sekilo...try aje bl sekg nak rasa mcm mana...Nanti kalau ada, leh beli lagi...

Monday, April 11, 2011

Anak Susah Makan

Salam Ceria dan Selamat Pagi...Halu..wazap...wazap....cewah...ceria sket pagi-pagi ni...sebab apa???sebab anak saya dah start makan bayak semula...seminggu dua ni dia langsong taknak makan apa yang kita bagi...nasi ke, biskut, roti, mee, dan apa saja yang dia boleh makan...Apakah perasaan seorng ibu apabila anak dia tak nak makan???mesti la risau kan??risau tak cukup zat...berat dia turun..risau kalo dia sakit...
Tetapi lepas saya baca tips2 kat sini dan amalkan apa yg dia cakap tu..Alhamdulillah anak saya dah mula menunjukkan perubahan positif...

Di antara cara yang saya lakukan untuk menarik minat anak supaya makan ialah :
1) Pelbagaikan makanan - tukar menu lain setiap hari..antara makanan yang dia suka ialah bubur ayam, buhun sup, mee goreng @ rebus, roti telur..dan yang paling suka jemput2 bilis kena wajib cicah sos, pisang, kismis..dan homemade nuget (tanpa perasa dan msg)...( walaupun mama penat balik keje kena masak,tapi redha aja la untuk anak tersayang)
2) Semasa waktu makan nasi, bagi dia main nasi kosong dalam pinggan yang lain..sambil dia makan sendiri tu, boleh kita menyuap nasi dalam mulut dia..dan otomatik, dia akan buka dan makan..(hehehe..mcm kes paksa aje).
3) Dan yang paling penting ada pembantu yang membantu membuka selera dia ialah


tadaaaaa teman baru
( Credit to incik goggle )

Dan yang paling penting dan paling mama suka sekarang ni, anak mama dah mula suka minum  susu disamping BF yang tak leh berenggang...Nak tahu susu apa yang dia suka sangat tu


( Ihsan Pakcik goggle jugak )

Harap keadaan ini kekal la...sebab nak gi timbang untuk 1 tahun setengah...nanti kalo berat khalish tak naik lagi x pasal2 mama ngan papa dapat kaunseling pree lagi...
Berat masa umur 1 tahun 2 bulan = 9kg sahaja...









Wednesday, April 6, 2011

Selamat Hari Lahir Maa

Selamat hari lahir MAA yang ke 48. Doaku semoga berbahagia selalu disamping kami adik beradik dan abah yang tercinta, Semoga panjang umur, Murah rezeki, Sentiasa dirahmati olehNya, Sentiasa diberi kesihatan yang baik dan Sentiasa berada dibawah payung bersama-sama orang yang beriman..

Betapa besarnya pengorbanan Ma yang selama ini menjaga kami 7 beradik tanpa mengeluh..walaupun penat seharian dengan aktiviti menjahit, dia tetap senyum melayan karenah anak-anak..sampai sekrang pun, sambil menjahit jaga anak aku plak.



Sampai ke saat-saat aku masuk labour room nak bersllin dia tetep setia menemani aku, memberi semangat dan membaca selawat untuk aku...Sedih plak bila terkenang saat2 itu..dari malam sampai pagi saggup berjaga kerana teman aku dalam wad. Betapa gembiranya dia untuk menantikan kehairan cucu sulungnya itu..Tak dapat aku bayangkan dengan kata-kata betapa aku sayang dan kagum dengan dia...Ibuku...


Ma dan Abah

At Zoo Negara
Bersama Cucunya

Plan aku nak sambut besday ma skali ngan adik bongsu aku . Tapi kena tuggu semua adik beradik ada la..semua duk belajar jauh2...Sabar aje la dulu nanti n3 besday ma akan menyusul...

Tuesday, April 5, 2011

Wajah Kesayangan Hamba

Setiap detik setiap waktu yang berlalu sangat berharga buat aku yang bergelar ibu....Apatah lagi apabila melihat anak membesar depan mata. dengan segala telatah,karenah,gelagat anak membuatkan hilang segala keletihan yang timbul...wajah-wajah ini la pengubat segala duka lara...

Muhammad Khaalish Rayyan Bin Mohd Khairuddin
Lahir pada 05 Oktober 2009 
2nd day lps lihat dunia

di hari lahir papa masa umur 40 hari

3 bulan

enam bulan

10 bulan

setahun 2 bulan




Tak lupa juga untuk wajah ini...dia la pengkritik tetap, dia la pendorong dalam hidup aku...tq for evey things..

Mohd Khairuddin Bin Jusoh
sweet moment
perut pun dah maju

Apa yang aku lakukan dalam hidup ini hanya lah kerana Allah S.W.T dan famili..

Sunday, April 3, 2011

Pizza Jugak!!!!!

N3 yang dah lama duk dalam draf....Itu pun gara-gara cik siti wan kempis yang tunjuk dulu piza dia....tapi aku bukan nak tiru dia tulis apa...JIKALAU dia kata aku tiru pun.....anggap la dia tu I.D.O.L.A aku...kuang..kuang...kuang....jangan mare na....tapi tu versi dia..ni versi hakuuuu plak hokey.....
betul la kata dia, bila skali den torai buat piza dan rasa senang, memang selalu nak baut dan incik hubby pun selalu order....(pppssssttttt...sebenarnya,incik hubby aku yang reka topping dia mula2...so bila rasa best, aku pun kopipes aje resepi rekaan dia tu...)
layan aje la gambor yang aku nak tayang ni....


sebelum masak

loyang ke 3

lepas masak jadi macam ni...bahan2 x banyak...coz nak habis kan bahan yang ada

Bertuah badan ni sebab ada sorang jiran tu yang selalu baik hati..nak tau sebab apa???sebab dia buat pizza pastu jamu kita orang makan...ala-ala hi-tea gitu...memag best la...lenkali buat lagi...
tapi aku dah janji bila turn aku nak buat potato wedges..tapi buat masa sekarang ni sori dulu n kena qada niat ni sebab Jelapone Cheese Powder telah diberhentikan pengeluaran buat sementara waktu atas sebab2 tertentu...nanti bila keadaan dah okey aku buat la...sabor aje la wahai jiran-jiran ku yang aku sayangi sekalian....

Saturday, April 2, 2011

Gajah Panjat Pokok

Percaya atau idak???
Belive or not????ADA seekor gajah tertangkap kamera memanjat pokok di Sri Lanka saat banjir. Bolehkah gajah memanjat pokok??? Boleh sahaja satu kekuatan dahsyat yang timbul disaat terdesak.Sebatang pokok setinggi 18ft di tepi sungai Galoya dan terlihat seekor gajah di puncak pohon tersebut entah bagaimana gajah itu boleh memanjatnya. ANEH Tapi NYATA!!


Ha???korang dah percaya belum??