Sunday, October 10, 2010

SENARAI RESTORAN TERKENAL YANG DISAHKAN HALAL & DITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM

Di copy & paste dr blog kak liza

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Ta

3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice Shop

3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

Tuesday, July 20, 2010

Pantun Suami isteri..


Pantun Suami Untuk Isteri.....

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!

Sunday, July 11, 2010

Game finished. Spain beat Netherlands by 1 goals to 0

Andres Iniesta celebrates with the World Cup trophy following Spain's victory over the Netherlands.
Spain's Andres Iniesta celebrates after scoring the game-winning goal in the World Cup final


Aku bukan la peminat setia football..tapi kekadang tu boleh je layan sampai habis pn...finally FWC br je selesai semalam..so lepas ni korang semua boleh gak continue bagun tengah2 malam untuk beribadat pulak...jagan samapai orang kata..."bola punya pasal sanggup bagun malam2.."
SPAIN a.k.a SEPANYOL (ni org kita pggl) champian untuk tahun ni...x pe..walaupun dia ni bukan team pilihan aku tp aku nak ucap lah congrate kat penyokong2 setia mereka2 itu...

Tak lupa juga untuk aku ucapkan congrate untuk team aku iaitu German walaupun hanya pada tempat ke3...(bukan kita dapat apa pun kalu dia ni juara)...bukan apa,sekadar minat dan semangat kesukanan...




Wednesday, June 30, 2010

Hari ni Hari Yang Tensen

Salam..

Kenapa la hari ni terjadi benda yg tak sepatutnya terjadi..dahlah dari semalam lagi aku ni tensen yang en suami...mari keje pun..ish tak tau nak ckp apa....Dah la hati ni berserabut je....(gara2 derhaka kt suami kot..ni pn kes berebut tv jer...)hehehehe....
Bukan apa,kt rumah plak ngan berselerak je barang2..ni gara2 en suami duk rumah goyang kaki jer 4-5 hari..kalo dia pegi keje pandai plak rumah tu jadi kemas erk....
tambahan palk ngan kerja2 contruction kt luar tu...dh la berdebu je...sabau je la erk...kan kata nak rumah kita cantikk kan...
Nanti kita uplaod gambar bila rumah kita dah cantik erkk...

Sunday, June 6, 2010

Hujan Di Kaabah

"Hujan di Kaabah, Masyallah!

Ada setengah pihak yang berkata tak pelik jika Kaabah banjir kerana di sana memang tiada sistem perparitan atau pun longkang. Almaklumlah kawasan gurun. Tapi kalau kerap berlaku hujan di kawasan gurun pelik tak?










Adakah ini tanda-tanda akhir zaman????Sama-sama lah kita renungkan...


Sunday, May 23, 2010

Sutera Terengganu

Sutera lukis 4m RM170


Sutera lukis 4m RM170


sutera lukis jacquard 4m rm 250.00



Sutera chiffon 2meter + jacuard 2 meterRM 230



Sutera Lukis 4M RM 250


Monday, May 10, 2010

Lucky Draw


OH..baru hari ni aku terjumpe blog ariesreeve-babbykidstuff yang pemilik nya adalah MUMMYAR.. aku penah la jeguk kt blog ni tuk tgk n cuci2 mata ngan barang2 baby yang sangat kelazz gitu...aku pn x pernah jd followernya cuma singgah kejap2 aje..bl aku sggh hari ni terbaca la psl lucky draw ni...so,aku pn cepat2 la bt keputusan nk join...sbb hadiah yg ditawarkan menarik...dengan tidak membuang masa aku pn speed la.bacadia punya rule...mana yang x tertunai tu,tunai cepat2 supaya tak terlambat n seblm tamat tempoh....cuma nak mencuba nasib..kalu rezeki menyebelahi kita lagi best(harap-harap dapat lah erk Mummyar)...tapi kalau tak..nak buat macam mana kena terima ajo lah....

ni dia punya cara-cara how to join the lucky draw...

1)JADI FOLLOWER DI...www.ariesreeve-babykidstuff.blogspot.com
2)JADI FOLLOWER DI....www.mummyar.blogspot.com
3)JADI FAN (become fan) DI...facebook... ariesreeve-babykidstuff
4)JADI FRIEND (add friend) DI...facebook... ariesreeve Rizal
**kalau xfe fb...(xkan kot) add saja guna kawan punye pun blh...tp email sy n bgtau ye....**
BUKAN APA,SENANG AHKAK NK UPDATE PAPE PSL LUCKY DRAW NNT....
5)BUAT SATU ENTRY TTG LUCKY DRAW NI...DGN PIC NYA SEKALI....DAN JGN LUPA LINK KE BLOG INI....cite la apa2 yg menarik atau apa2 saja yg berkenaan blog ni atau apa2 saja la..asalkan menarik N tertarik...
6)TEPEK BANNER KT TEPI BLOG ANDA
7) DAN LAST SEKALI TINGGALKAN LINK UOLLS KT COMMENT YEK....SENANG AHKAK NK G JENGAH NNT...ATAUPUN BLH JUGA EMAIL KAN LINK UOLLS DI ariesreeve@gmail.com...ikut ler mana yg uolls senang yek...

lucky draw nih bermula 2 april 2010 hingga 15 may 2010....

so kepada sesiapa yang nak join @ nak cuci mata sila jemputlah ke
http://ariesreeve-babykidstuff.blogspot.com

Thank you very much to Mummyar coz bagi peluang kepada kawan2 mencuba nasib..harap2 lain tahun buat la lagi...

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu

Tanggal 9 Mei setiap tahun,kita akan meraikan hari ibu...Begitu juga dengan aku...Setelah bergelar ibu,baru aku tahu bagaimana perasaan dan pengorbanan seorang ibu..Sanggup bekorban apa saja demi keluarga...Ibu adalah anugerah dari Allah yang tak ternilai..Begitu mulia dan kaya dengan sifat penyanyang...SELAMAT HARI IBU diucapkan kepada ibu aku PUAN MAHZANAH BT IBRAHIM..Terima kasih diatas segala pengorbanan MA dalam membesarkan kami adik beradik...
Hargailah dan sayangi lah ibu dan Ibu Mertua anda...

Tuesday, April 27, 2010

Rangsangan Sentuhan Ibu


- Bayi tersenyum lebih kerap

Percaya atau tidak, menyentuh bayi anda boleh membuatnya tersenyum
dengan lebih kerap, yang membuktikan keeratan anda berdua. Sedang bayi
anda membesar, anda akan sedar bahawa senyumannya akan menjelma tiap
kali anda berada di sampingnya atau setiap kali bayi menjangka
kehadiran anda. Senyuman-senyuman ini menandakan bahawa dia berasa
selamat dalam dunianya dan sudah bersedia untuk mempelajari tentang
dunia yang sebenar kelak nanti.


- Bayi cuba mencapai kepada ibunya

Apabila bayi cuba mencapai kepada si ibu, bayi mungkin cuba
memberitahu si ibu untuk memeluk dan membelainya; untuk merapatinya
atau si bayi gembira dengan kehadiran ibu.
Apa yang penting, bayi sedang menunjukkan rasa perlunya terhadap
ibu, dan ini menandakan hubungan erat antara ibu dan anak. Semasa anak
membesar, tindak balas positif anda tiap kali si manja mencapai ke arah
anda akan membantu bayi lebih sedar akan pergerakannya dan cara membuat
pergerakan yang bermakna.


- Bayi bergelak ketawa

Bayi ketawa untuk menunjukkan perasaannya. Selain menunjukkan rasa
teruja dan gembira, gelak pertama bayi menandakan perkembangan
sosialnya kerana merupakan suatu tindak balas yang berlaku apabila dia
berkongsi dunianya dengan orang tersayang.
Apabila bayi gelak sebagai salah satu cara untuk bertindak balas
dengan anda, ia merupakan cara bayi untuk memberitahu betapa seronoknya
dia meluangkan masa dengan anda.
Dengan berbunyi-bunyi manja pada waktu kehadiran anda, bayi
menunjukkan bahawa mereka mengenali anda, dan sedang berhubung dengan
anda. Dalam erti kata lain, bunyi-bunyi tersebut menandakan
kegembiraannya dan juga sebagai tindak balasnya bagi kasih sayang,
sentuhan dan perhatian yang anda berikan.


- Tatapan mata bayi menjadi lebih lama

Bayi juga menggunakan isyarat mata untuk berhubung. Apabila bayi
menatap mata anda, suatu mesej berbaur kasih sayang mengalir antara
bayi kepada anda yang meningkatkan kasih sayang antara anda dan si
manja.
Pandangan mata yang kemudiannya berkembang menjadi tatapan yang
lama, merupakan salah satu kebolehan bayi yang dapat anda sedari. Pada
hari-hari awalnya, bayi akan memberi sepenuh perhatian kepada anda, dan
lirikan matanya akan mengekori anda apabila anda hampir dengannya.
Melihat muka anda yang telah dia kenal seolah-olah mampu menenangkan
si manja. Ada kalanya anda juga mendapati si manja seolah-olah sedang
termenung ke arah anda. Ini adalah kerana bayi sedang cuba mengingat
muka anda dan mengenalpasti bagaimana rupanya kasih sayang dan
keselesaan.
Sementara itu, bagi menjana kesedaran akan kepentingan hubungan
lebih erat antara ibu dan anak, Johnson's Baby melancarkan kempen Most Loving Moments.
Melalui kempen ini, sekumpulan jurugambar profesional akan mengambil
gambar-gambar yang menyingkap rasa kasih sayang antara ibu bersama si
manja di serata negara.
Selain itu, kempen ini seiring dengan pengenalan rangkaian produk
penjagaan bayi - Johnson's Baby Moisturizing Wash, Baby Lotion dan Baby
Cream, yang boleh membantu dalam pengalaman mengeratkan hubungan di
antara ibu dan anak.

dicetak dari utusan melayu online

Tuesday, April 20, 2010

Khasiat Mas Cotek (dipetik dari forum Paramedik)


mas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun Emas Cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) dan angin ahmar.

Air rebusan daun, batang, akar dan buah Emas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Daun Emas Cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.

Ianya juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.

Antara penyakit yang dapat dibantu adalah:-
Mengeluarkan toksin dalam badan
Melancarkan perjalanan darah
Sakit urat saraf
Gout
Kencing manis
Darah Tinggi
Membuang kolestrol dan lemak
Buasir
Migraine
Paru-paru berair
Pemulih tenaga batin
Sakit Puan
Sakit Pinggang
Keletihan
Masalah tidur
Ransangan Hormon lelaki
Mengecutkan rahim peranakan
Merapatkan pintu rahim
Sakit lutut
Mencantik dan melicinkan kulit

Saturday, April 17, 2010

Kembali untuk memecahkan kepala otak

n3 kali ni x berapa best plak rasa..coz da masuk keje setelah 4 hari menjadi permaisuri...maklumlah,mama ku enggak ada,so aku kena jaga sendiri my little boy tu....baru je rasa nak rehat2 kat rumah,baru je nak belajar jalani hidup suri rumah,hubby aku dah ajak balik kg dia setelah sekian lama dia tidak menjenguk mak ayahnya kat kg..dengan bermalas-malasan aku terpaksa akur dengan keputusan suami ku.....
Berbalik pada cerita aku tadi..hari ahad..iaitu hari yang selalu membuatkan aku jadi malas..tambahan pula dengan ketiadaan bos aku menjadikan hari ini sungguh malas...
hanya tunggu pukul 5 ja...aku terus nak cabut...tambahan tu aku ada order dr seorang rakan meminta aku untuk aku menghantar stok kepadanya...Alhamdulillah rezeki sedikit bertambah walaupun tidak seberapa...

Friday, April 2, 2010

Gathering

Syukur alhamdulillah kerana hari ni apa yang dirancang bejalan dengan lancar..terima kasih buat kawan2 lama aku yang sudi datang ke teratak aku yang tidak seberapa ni...Seh,Ina,Zeri Duan n Kelaut n family...maaf la ye jika ada apa-apa kekurangan..Thanks juga kpd Ina kerana sudi menjamukan kami dengan 'Puding Laici' nya yang maveles...bayak sungguh kenangan lama yang disingkap telah membuatkan aku sakit perut suka....
Kepada awok-awok yang tidak berkesempatan untuk bertandang dan bergalak mesra di rumah aku,next time kita jupe di lain waktu yea..
Khalish juga tidak ketinggalan untuk berkenalan dengan kawan nya iaitu Aryyan (ank kepada ina).Harap2 perkenalan ini akan berkekalan higgan mereka besar..Insyaallah..
Thanks jugak to my Mr Din coz telah bekerja sama untuk membantu aku menyiapkan juadah dan melayan kawan2 aku walaupun mereka ini gila-gila belaka.
Gambar kami akan diuploadkan kemudia...sabar.........