Tuesday, October 18, 2011

Sup Belut Ubi Kayu

Jumaat lepas berkunjung ke rumah abang ipar di Kemamang...rumah dia nun di dalam hutan Kg Binjai...Memang best duk rumah dia dikelilingi unggas2 dan binatang2 liar...Nak jadi rezeki kami, dia pergi tangkap belut dalam paya depan rumah dia..tp aku x sempat la nak snap gambar yang fresh lps dia tangkap tu...tak sempat bukan apa, takut tak lalu je nak makan nanti...bawa balik pun dia dah siap siangkan..
esok tu,en chef (hubby) aku pun plan la dia nak masak apa...bukan aku yang plan nak masak untuk dia. Apa lagi, menu dia pun Sup Belut la...semua bahan aku yang sedia, cuma en chef datang campak2 je dlm peiuk....maka terhidang la di atas meja

tu dia..siap hias2 lagi...kelas u banggg....i luv u...i hidang x da pun nak hias2 bagai...
 Sup dia ni simple je,macam sup ayam biasa gak..tapi aku punya spesel sebab air tangan en chef yang selalu berlagak terror ngan aku...
So, far aku leh telan jugak la belut ni, isi dia pun rasa macam ikan je...x da la rasa macam ayam plak..
sampai si khalish tu pun duk mintak 2 "nak elut..nak elut...."..

Back tu stori ubi kayu lak...ubi ni hasil cabutan dari dusun belakang villa burung en suami aku tu...dah semak mata aku mandang pokok nya yang berjuntai2 tu...tanam dulu pun sebab nak makan pucuk cicah budu je...lepas ni kita gi kutip dalam semak kat hujung taman tu aje la....



isi dia pun dah berurat kasar dah..lama dah tanam, tapi x pernah cabut...kalau orang rajin dah jadi dah macam2 kuih dan kepek..tapi aku ni yang terlebih rajin, rebus ajo la...dan selebih nya bagi aja kat jiran2....

Wednesday, October 5, 2011

Besday N Aniversary


Alhamdulillah...04/10/2011 genaplah usia perkahwinan kami 3 tahun dan 05/10/2011 genap jugalah usia putera aku 2 tahun..dalam masa yang sama,kami celebtare serentak...boleh la save bajet..tahun ni kami sambut kat kampung suami,memandangkan masa tu aku dpt MC sebab demam,kebetulan plak kakak ipar dari Shah Alam balik kampung, kami pun decide nak sambut kat sana...padahal semua ni tak dirancang pun..cuma kebetulan..Tak ada hadiah istimewa pun selain aku dapat gembirakan hati ke dua oarang tersayang.

Rasberi Ciskek dr SR

Exited nak tiup lilin

Bila api padam,mintak nak tiup lagi

Sama-sama tiup lilin



nak potong kek sorang2 plak

p/s : Semoga Anak mam membesar dengan sihat,menjadi anak yang soleh,taat pada agama dan keluarga dan berjaya dalam hidup..dan semoga keluarga kita sentiasa bahagia dan sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan dariNya..Amin



 

Sunday, October 2, 2011

Hukum ke Pendapat???


Lagi 3 hari anak aku genap 2 tahun...so,buat pertama kalinya aku  nak stop BF kan dia...bayak pendapat yang aku dengar pasal hukum menyusu lebih dari dua tahun ni..Ada yang kata haram, ada sesetengah pendapat kata no problem...jadi ni aku tempek kat sini apa yang aku baca...

Di dalam surah al-Baqarah menyebut tentang tempoh masa penyusuan susu ibu:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (2:233)
Dari ayat ini ada 2 penafsiran :
1. Kewajipan menyusukan bayi sehingga 2 tahun untuk menyempurnakan penyusuan.
2. Kewajipan untuk BERHENTI menyusukan selepas anak berusia 2 tahun.
Saya menerima banyak soalan dan mendengar banyak pendapat tentang TIDAK BOLEH menyusukan anak yang berusia lebih dari 2 tahun, samada atas sebab2 merepek misalnya susu jadi darah, susu dah tak ada khasiat dan sebagainya; kepada sebab2 yang agak bijak seperti di dalam al-Quran state “2 tahun”, ibu mesti berhenti untuk susukan anak lain dan sebagainya. Malah ada yang mengatakan menyusu selepas 2 tahun adalah HARAM.
Kita ikuti jawapan yang diberi oleh Kapten Hafiz Firdaus (penulis buku Pedoman Bermazhab Cara Islam, The Wahhabi Myths dan sebagainya), dalam Majalah Pa&Ma Mei 2011:
menyusu 2 tahun

menyusu 2 tahun
Saya suka dengan jawapannya “tempoh menyusu 2 tahun adalah OPTIMUM, bukan minimum mahupun maksimum. Optimum maksudnya yang terbaik, yang paling bagus, the most favorable… Jadi sebaik2 waktu penyusuan ialah 2 tahun. Walau bagaimanapun tiada dosa sekiranya ibu bapa bersepakat untuk mencerai susu sebelum tempoh itu (seperti termaktub dalam surah al-Baqarah di atas) dan tidak ada larangan untuk menyusukan selepas tempoh itu.
Selagi proses penyusuan (selepas 2 tahun) itu tidak menyusahkan mana-mana pihak, baik ibu mahupun anak, maka ia tidak memudaratkan untuk diteruskan. Anak saya sendiri dalam proses ‘weaning’. Lebih mudah untuk wean anak yang dah besar, senang nak cakap; tak payah nak letak2 kopi, jadam segala. Saya pernah buat macam tu juga – letak macam2 tapi budak bijak ni dia sapu je. Macam tu kita pun stress – sebab nak weaning dia sangat; dan pun stress – ‘dikenakan’ dengan macam2. Finally let them wean themselves off.
Apa-apa pun pilihan masing-masing. Jika ibu bapa boleh memilih untuk tidak menyusukan anaknya hingga tempoh penyempurnaan, juga tidak ada halangan untuk yang mahu melepasi batas waktu itu. Menghayati surah al-Baqarah ayat 233 itu, ada statement yang menyatakan ..”Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya”. Indah bukan. Ibu tidak perlu menderita kerana anaknya, dan diberitahu pula ibu bapa boleh bersepakat untuk memberhentikan penyusuan meskipun anak belum berumur 2 tahun. Bayangkan jika Allah wajibkan menyusu penuh hingga 2 tahun… bagaimana dengan ibu-ibu yang tidak dapat melakukannya, misalnya kerana sakit, atau bermasalah sehingga benar2 tak boleh menyusukan… cantik kan susunan Allah itu.
Walau bagaimanapun, tak mudah untuk menyusukan selepas 2 tahun ni. Bukan tak mudah ape, banyak sangat tekanan dari luar. Orang masih belum boleh terima lagi extended breastfeeding. Biasa anak2 yang besar (bukan lagi bayi) menyusu akan kena ejek “Eeiii tak maluuu”. Malah ada pendapat yang menyatakan penyusuan selepas 2 tahun lebih mendedahkan ‘unsur seksual’ kepada anak tersebut. Mungkin sebab mereka nampak payudara itu sebagai ‘objek seks’.
Entahlah ye, adakah budak2 yang sibuk buat kerja haram sana-sini tu adalah budak2 yang dulunya menyusu selepas 2 tahun? Menarik juga kalau ada orang nak kaji (serius ni). Kalau benar terbukti, maka memang wajar kita berhentikan penyusuan setakat 2 tahun saja.

Sumber : http://mysuperkids.net/menyusu-selepas-2-tahun/

Oleh itu, dengan kental hati, aku dah slow2 stop khalish menyusu..kesian dia,selalu je mintak...macam2 cara dan  usaha aku buat...antaranya cara yang aku cuba bawang putih,sirap.kopi tapi tu semua tak berjaya..yang berjaya cuma asam jawa..hehehe..bila dia tgk asam jawa tu terus tutup sebab dia cakap kotor,busuk...dan aku asingkan dia tido..
kesian tengok dia bila dia tido cam tu je tanpa isap susu mama...papa la yang jadi magsa sebab kena bagun malam2 buatkan susu untuk dia...
-

Monday, September 19, 2011

Bila Rindu Ku Tatap WajahMu...


Rindu..rindu....miss u...miss u...tu la ungkapan kalau orang yang dilanda rindu....dah macam sasau je bunyik....memang aku tengah meroyan rindu ni..tetiba je nak buat n3 tersentap plak dah....rindu kat sape nak tau...
jeng...jeng....rindu kat JAM aku....kenapa aku rindu kat dia???sebab dia dah ilang sejak bulan 3 lepas lagi.....
nasib baik ada gak wajah yang jelas jam aku ni..kalau tak....ish..tak tau aku nak cakap....

begini kisah dia....Jam ni adalah hadiah dari boypren aku dulu....dulu boyprend...sekarang dah jadi suami dah la....hadiah masa besday aku yang ke23..tahun 2007...sampai ke aku kawin,dapat anak jam tu masih elok...dan akhir sekali sampai la ank aku aktif,dah pandai main segala benda...sampai ke jam aku pun dia amik main...masa dia duk main tu,aku tgh siap2 nak pegi keje,aku dah tengok dia duk pegang jam tu...dia bawa keluar,masuk bilik  dah tak ada jam tu...aku dah la kelam kabut nak pegi keje lagi, nak cari jam tu, aku amik keputusan cari balik keje karang....carik punya cari sampai sekarang tak jumpa...
sedey la korang tau....



ni la gambar2 pengubat duka aku....


jam tu bukan catik pun..tapi sentimental value dia yang tinggi buat aku sayang kat dia...
harap2 suatu hari nanti datang la semangat yang rajin untuk aku selongkar satu rumah...tapi ntah bila....

Tuesday, September 13, 2011

Testing....Testing.....

Cuma nak testing jer..kenapa blog aku tak leh nak log in.....suruh reset pssword la,,new password la..ntah apa2....ikut ko la blog eh...bukan selalu aku leh update ko...tambah2 lg bz manjang ngan keje....adeh...







ni plak tukang kebun rumah aku ni.... rajin bebenor....abis semua benda nak buat...







tu nak gi buka paip plak siram pokok....

Monday, July 25, 2011

Suprise.........

Dengan secara rasminya memperkenalkan.....
baby baru saya....dilahirkan pada 23 Julai 2011..dah x leh nak tunggu sehari lagi,kalau blh tunggu dah sama tarikh lahir ngan tok abah kan????
Lahir di Kuantan Medical Centre secara pembedahan kerana komplikasi jantung....tetapi Alhamdulillah bila baby keluar,sihat walafiat tiada masalah....
Nama dah ada tapi tunggu usia dia 7 hari,baru boleh rasmi nama tu....
selepas 2 jam dilahirkan

lepas muntah..lena je tido


berusia tiga hari..semua bengkak2 dah surut...sebab tu nampak kecik...ringan je..sama je ngan abang khalish
mujur la abang dia tak baut peranagai....x kacau baby ni...

Wednesday, June 15, 2011

Penang

Lambat betul update pasal penang ni..ramai plak yang tanya mana gambar pi penang...lawatan wajib tiap2 tahun....huhuhhu...kat dalam pesbuk aku letak 2-3 keping je...huhuhu..sori la..malas la nak uplaod..sebenarnya rombongan ke penang tu tujuan utama dia nak melawat anak sedara hubby (along) yang sakit...sakit kanser..mula2 kena dlm 2 tahun lepas masa umur dia 4 tahun diserang kanser paru-paru..macam-macam usaha doktor untuk pulihkan dia..kimoterapi,radioterapi...semua tu cuma sementara...nampak macam sihat...tapi hakikatnya dia tengah berlawan dengan penyakit dia...dengar aje kami nak pegi ziarah dia,suka yang amat..lebih2 lagi dia suka kat anak aku, Khalish....muka dia ni ada iras2...tu yang buat si along serasi berdua...si khalish tu plak, kalu ngan along semua xpe... malas dah nak cite panjang..korang layan je la gambar yabg tak seberapa ni....


Siyes muka driver...(driver pegi balik)

 Khalis in bubble....

berkelah di pulau banding

depan politeknik seberang perai...banyak memori kat sini

blok B1..pernah gak duk blok ni kejap...

tangki air..mercu tanda PSP...dah berubah banyak PSP

Tol Jambatan PP

Penang Bridge

kilang dekat ngan PSP..Aroma dia memukau  pelajar2  PSP..huh.. 

depan pintu masuk Padang Kota Lama(kubu)..dulu masuk mcm tu je..sekrng dh kena byr 2 hengget


nama apa ntah mat saleh kat sebelah tu

jaga2 khalish tu..kan terpelanting karang

budak kecik tu tak leh duk diam

tu la raja dan permaisuri portugis dulu...

haa..ni plak tokey jeruk kat bazar jetty...aku selalu beli kat dia dari aku duk  kat poli lg..smpai sekarang la..dia still kenal aku...nampak aku dr jauh dh lambai2..dia tahu aku tgh cari2 kedai dia...TQ kaklong...klu beli kat dia..byk plak free gift dapat...

Kalau nak beli jeruk,jgn lupa cari Kak Long ya....

Yang ni plak, gerai kat padang kota...sotong bakar,cuba la..sedap ni...

tu dia...pasemboq dan kerang bakar..tp kali ni aki makan pasemboq dia macam tak berapa mengamcam la...slp pilih ke apa???

si budak buas....aduh....penat layan dia ni

muka teruja naik feri...1st time khalish nek feri....mama ngan papa dah berkali2 dah....


time nak bertolak balik ni....along sedih tu...tak bagi pok din balik....nanti kami datang lg tau... si budak kecik tu buat action la plak....

kat hentian tasik banding...dulu kat atas..la ni kt bwh plak...byk tul berubah

Sunday, June 12, 2011

~Kuda Biru~

Suka la bapak ngan anak...masing2 dapat kuda baru...warna sama plak tu...mama dapat apa plak????ish....ish...x leh jadi ni...mama nak jugak...Giliran mama kene tunggu..mesti dapat lebik baikkkkkkk punya kan.....(pujuk hati sendiri)


ni kuda papa (abaikan pemandangan di belakang)

kuda khalish

Kenapa pilih warna ni??eceli aku tak suka sangat warna biru...tapi kat kedai tu cuma tinggal warna biru  dan kuning je....kalau aku amik kuning lagi pelik...nampak macam gegirl la plak....
sejak ada basikal ni...petang2 aku dah tak penat nak kejar dia sana sini, nak kutip dia dari bermain kotor ke,korek pasir ke..tugas aku cuma tengok dia je takut dia sampai tengah jalan....dulu leh gak mama excersise lari2 walupun lari berat pungkuk kejar khalish kan...sekarang leh la sembang2 dengan aman...bak kata orang  'mesyuarat petang'
Bila tengok dia kayuh beskal ni sama2 ngan kawan2 dia yang lain,dah nampak besar dah ank mama ni....dh mcm leh ada adik kan??hehehehe...

Sunday, May 8, 2011

Sang Kancil


Sape pernah makan daging kancil???Bila hubby aku bagitahu rasa nak makan daging2 hutan ni,aku dah geli dengar...mula2 aku dengar pun macam tak leh nak telan je...ntah,mybe sepanjang hidup aku ni x pernah makan kot...daging kambing pun aku x teh nak telan....Semalam ada la seorang teman ni bagi daging ni...aku pun tak tahu dari mana dia dapat....so bila hubby aku bawa balik, tunjuk kat aku, dah naik mereman jugak la bulu tengkuk aku...tapi tak ckp dpn dia,nnti dia smash aku....nak tgk ghupa dia macam mana???
ni lepas salai..utk hilangkan bulu2 halus,,bak kata hubby


ha tu dia..tu dia...amacam???ada bran nak makan...esoknya hubby aku decide nak masak apa..dia yang buat semua tu....dia grill je...buat rempah macam bbq punya rempah..dan ini lah hasil dia
 ni sebelum dimasuk dalam oven.





ni rupa yang telah masak...

rasa dia not bad la..sedap jugak la...daging lembut..ada persis ayam je...kalau tak caya cubala...



SELAMAT HARI IBU

Sebelum terlambat, aku nak wish jugaklah "Selamat Hari Ibu" kepada semua para ibu2 di luar sana...Spesely for my Mom Puan Mahzanah Bt Ibrahim dan MIL Puan Ngah Bt Musa...anda adalah insan yang hebat dan anugerah yang tak ternilai...Hanya Tuhan dapat membalas jasa dan pengorbanan kalian..Tanpa mereka tiadalah kita untuk mengenal dunia ini...."Ya Allah Ya Tuhanku Kau lindungilah & Kasihanilah Merka seperti mereka mengasihaniku semasa aku Kecil...."Amin...
Tak sabar la plak aku nak tunggu anak aku besar, nak dengar sendiri dia wish kat aku....hehehehe...

Sunday, May 1, 2011

Hari Pekerja

Rasanya belum terlewat untuk aku ucapkan SELAMAT HARI PEKERJA, SELAMAT HARI BURUH @ HEPY LABOUR DAY ....untuk semua para pekerja termasuk aku....Muka ada senyum ka???Tadak.....kenapa???sebab kerajaan bagi public oliday utk semua pekerja tapi incik suami aku keje....so, apa agenda yang terjadi?????haya mengolekkan diri depan tv saje...
    

sungguh tidak sihat...3 hari duk terperap kat rumah dah rasa bosan. macam mana aku nak jadi surirumah sepenuh masa nanti????uish...sungguh tidak masuk akal...


Incik suami aku tiga hari ni sungguh hepi semacam...sebab dia dapat baby baru....ish....jgn salah sangka naa.....baby baru dia yang ni la...balik keje aje, jenguk baby dia..masuk rumah tersengih je..geram je tengok...tak pa la asal kan abang bahagia 

Sunday, April 17, 2011

Nuget Mama

Kenapa nama dia Nuget Mama??sebab Mama yang buat...hehehehe..lama dah n3 nuget ni terperap...tak inteprem2 gak...coz aku malas nak transfer gambar...Nuget ni dibikinkan untuk anak teruna ku itu...bukan apa,,,x galakkan dia makan yang segera2 ni...bayak tu bahan tu, bahan ni..maklum la kecik lagi....kalau mama dia bt sendiri, x bubuh la bahan2 lain...lagi berkahsiat sebab semua isi ayam saja..takde campur2 lemak2 ayam ada sayur2 sket..perasa pun cuma garam je....sebab tu la papa cakap 'x sedap...baik gi beli je kat tunas manja lagi sedap,cepat dan senang'..Tu la orang laki apa tau....

sebahagian yang telah di coating

sedia untuk disimpan

telah di goreng


Bahan2 yang aku guna: lama dah resepi ni, amik dari mak sedara

Isi Ayam ( dikisar) - 3 keping bahagian dada
Roti ( bakar sedikit dikisar halus) - sekeping
Tepung Gandum - 1 sudu
Lada sulah - 1/2 sudu
Garam - secukup rasa
Sayur - ikut suka la nak taruk sayur apa
 Telur
Breadcrumb @ cornfleks dikisar halus

Campur semua bahan kecuali telur dan breadcrumb, pastu bentuk2 kan aja ikut suka hati,,aku bt bulat2 je, senang..Celup telur dan golekkan atas breadcrumb..ulang 2 kali untuk dpatkan coating yg lebig tebal..

selamat mencuba,,,