Monday, January 31, 2011

:: T.R.I.L.O.G.I. C.I.N.T.A ::

Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi....hahahaha...itu adalah tagline bagi citer Trilogi Cinta ni...Drama ni diadaptasi dari novel.. mengisahkan cinta tiga segi antara Razif (Rosyam Noor), Salmi (Amyza Adnan) dan Norjinah (Fouziah Gous) yang terjadi tanpa diduga. Kecurangan Salmi mendatangkan musibah apabila dia terlibat dengan kemalangan dan lumpuh. Kerana cinta yang mendalam, Razif menerima Salmi semula.

Norjinah pula pada awalnya seorang pembantu rumah yang ditugaskan menjaga kedua-dua anak Razif. Namun keadaan menjadi tegang apabila hubungan mesra mereka dicemburui Salmi. Dalam diam Razif menaruh hati kepadanya, namun serba salah melihatkan keadaan isterinya yang lumpuh.

Apa pun korang kena tengok sendiri cite ni..baru leh feel macam mana aku feel.....Jangan lupa siaran dia pada hari Ahad dan Isnin Jam 10 malam.....tunggu jangan tak tunggu... Memang the best..

No comments:

Post a Comment